Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 45 minit

Bagus Diketahui

Ikan dan makanan laut yang lain mengandungi iodin yang tinggi, sejenis mineral yang penting untuk kesihatan. Ia diperlukan untuk mengeluarkan hormon tiroid yang diperlukan untuk pertumbuhan dan mengawal metabolisme.

Bahan-Bahan

Untuk kentang goreng:  
3 kentang russet
1 Sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
1 Sudu besar minyak
   
Untuk Ikan:  
4 filet ikan pollock / dory
1 Cawan tepung naik sendiri
350ml air
1 Kiub MAGGI® Ikan Bilis Stock Cube
1 Cawan serbuk roti
   
Untuk Sos Tartar:  
2 Sudu besar jus lemon
1/2 Cawan mayonis
2 Sudu besar MAGGI® Chilli Sauce
1/2 Sudu Kecil lada hitam
1 gherkin, dipotong dadu

Cara Memasak

  1. Potong kentang berbaji, taburkan minyak dan MAGGI® CukupRasa ™ dan bakar di dalam ketuhar selama 35 minit.
  2. Potong ikan menjadi ketulan besar dan ketepikan. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan bersama tepung, air dan kiub Ikan Bilis MAGGI®. Pukul adunan sehingga ia benar-benar sebati dan tiada sebarang ketulan.
  3. Celup ikan ke dalam adunan, kemudian golekkan dalam serbuk roti. Goreng sehingga perang keemasan.
  4. Campurkan bahan-bahan untuk sos tartar dan hidangkan dengan kentang goreng dan ikan.

Info Nutrisi

Energy 544 kalori

Protein 31g

Fat 16g

Carbs 69g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami