Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 1 jam

Bahan-Bahan

10 keping Tiram kering
8 keping Cendawan Shiitake, rendam agar lembut
1 (medium) or 200 g Timun laut, direndam dan dihiris nipis, lebih kurang 3 – 4 cm
3 g Lumut hitam, direndam
2 keping Kekapis kering, direndam
100 g Kacang buncis atau kacang polong, bahagian bawah dibuang
1 sudu besar Minyak masak
1 hirisan halia
500 ml air
3 tangkai Daun ketumbar, untuk hiasan
Perasa & Perencah (dicampur):  
2 sudu besar Sos Tiram MAGGI® Oyster Sauce
2 sudu besar Stok Pekat Ayam MAGGI®
½ sudu kecil kicap
1 sudu kecil Minyak bijan
1 sudu kecil MAGGI® CUKUPRASA™
50 ml air
1 sudu besar Wain Shao Xing (pilihan)
Bahan pemekat (campur bersama):  
1 sudu kecil Kanji jagung
2 sudu besar air

Cara Memasak

  1. Mula-mula tumis halia hingga naik bau. Masukkan cendawan, tiram kering, kekapis kering dan timun laut. Kacau sekata beberapa minit sebelum ditambah perasa. Masukkan air dan biar hingga mendidih.
  2. Kemudian reneh ia pada api kecil selama 30-45 minit atau sehingga timun laut lembut. Masukkan lumut hitam dan kacang buncis serta reneh lagi 3 – 4 minit. Masukkan bahan pemekat dan kacau rata.
  3. Gunakan daun ketumbar sebagai hiasan dan hidangkan.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami