Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

500 g ikan kembung
2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
Untuk Air Asam
100 ml jus asam jawa
100 ml air
1 sudu kecil gula melaka
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
1 biji bawang besar dicincang kasar
10 biji cili padi dihiris halus
4 biji cili merah dihiris halus
2 helai daun ketumbar dihiris halus

Cara Memasak

  1. Mula-mula siang ikan. Buang isi perut dan insang. Buat beberapa torehan yang dalam pada kedua-dua belah ikan agar mudah ketika diperap.

  2. Letakkan pada pinggan dan lumurkan serbuk kunyit dengan MAGGI® CukupRasa™ pada seluruh ikan. Perap selama 10 minit.

  3. Masak ikan di atas gril, penyalai atau pemanggang dengan suhu yang tinggi hingga masak sepenunhnya dan bahagian luar menjadi sedikit rangup.

  4. Untuk air asam pula, tambahkan jus asam jawa, air, gula Melaka dan MAGGI® CukupRasa™, masak hingga mendidih. Selepas itu biarkan sejuk hingga menjadi suhu bilik.

  5. Kemudian, masukkan bawang yang telah dicincang, cili padi, cili merah dan daun ketumbar.

  6. Nikmati ikan bakar dengan air asam.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami