Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 20 minit

Bahan-Bahan

4 ekor Ikan cencaru, dibersihkan dan dihiris
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1 sudu besar Minyak
1 sudu besar Minyak – untuk kuali
A: (Dikisar)  
20 keping Cili kering, direndam air
1 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia
½ inci Kunyit
5 batang Serai
B:  
2 sudu besar Pes asam jawa
2 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
1 sudu kecil Gula
½ biji Kelapa parut
4 helai Daun pisang (dipanaskan dengan api untuk melembutkan daun)

Cara Memasak

1. Kisarkan bahan A sehingga halus dan campurkan pes yang dikisar dengan kelapa parut.

 

2. Belahkan belakang ikan cencaru dan sumbat campuran dikisar ke dalam.

 

3. Sapukan ikan dengan MAGGI® CukupRasa™, minyak dan serbuk kunyit.

 

4. Balutkan ikan dengan daun pisang.

 

5. Panaskan kuali dengan satu sudu besar minyak, goreng ikan dengan api sederhana selama 20-25 minit.

 

6. Hidangkan panas-panas.

 

Tips di Dapur : Boleh ganti daun pisang dengan kertas aluminium & bakar dalam ketuhar.

 

Tips Nutrisi : Untuk pilihan lebih sihat, lebihkan jumlah bawang untuk mengantikan porsi kelapa parut.

Info Nutrisi

Energy 118 Kcal

Protein 14g

Fat 6g

Carbs 2g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami