Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 40 minit

Bagus Diketahui

Kukus ikan untuk pilihan yang lebih sihat.

Bahan-Bahan

1 kg Seekor ikan, dicuci & dibelah tengah
Perapan:  
1 sudu kecil stok ayam
½ sudu kecil lada putih
Untuk gorengan:  
2 biji telur, dipukul seketika
100 g tepung jagung
Sos:  
1 tangkai cili padi, dicincang
2 sudu besar bawang putih dicincang
1 sudu besar taucu
250 g isi ayam
5 tangkai cendawan hitam, direndam dan dipotong
100 g jeruk choy sum, dicincang halus
Perasa:  
400 ml air
1 kiub kiub pati ayam MAGGI®
3 sudu besar cuka hitam
1½ sudu besar gula
½ sudu kecil lada putih
1 sudu besar SOS TIRAM IMPERIAL MAGGI®
1 sudu besar minyak bijan
½ sudu besar kicap pekat
Pemekat:  
2 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan 4 sudu besar air
Hiasan:  
  Cincang sedikit daun bawang, cili merah dan daun ketumbar

Cara Memasak

  1. Cuci ikan dan belah tengah kedua bahagian ikan.
  2. Urut ikan dengan bahan perapan selama 10 minit. Celup ke dalam telur dan salut dengan tepung jagung.
  3. Panaskan 4 cawan minyak dan biar ikan menjadi kuning keemasan. Keluarkan dan tos.
  4. Masuk 2 sudu besar minyak dalam kuali, goreng cili padi, bawang putih dan taucu hingga wangi. Masukkan ayam, jeruk choy sum dan goreng sampai mesra.
  5. Masukkan perasa dan renihkan. Pekatkan dengan air tepung jagung. Tuang ke atas ikan.

Info Nutrisi

Energy 291 kalori

Protein 25g

Fat 11g

Carbs 23g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami