Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 10 pax   Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

Untuk ikan  
500 g kepingan ikan
1 telur putih
1 sudu MAGGI® CukupRasa™
   
Untuk isi sumbat  
50 g lobak, dipotong nipis
50 g saderi, dipotong nipis
50 abalone, dipotong panjang
daun bawang, dipotong nipis
halia, dipotong nipis
   
Untuk sos  
300 g air
1 sudu besar Stok Ayam MAGGI®
1 sudu besar Sos Tiram MAGGI® Goji berries
   
Perasa  
  tepung jagung
  cendawan kering Cina, direndam
  cili, dipotong nipis
  daun ketumbar

Cara Memasak

  1. Masukkan air secukupnya ke dalam slow cooker, kemudian satu tin abalone dan biarkan ia mereneh dalam suhu yang ditetapkan HIGH dalam 2- 3 jam untuk menaikkan rasa dan teksturnya.
  2. Kemudian, alihkan dan biarkan sejuk.
  3. Bagi penyediaan sos pula, didihkan air bersama Stok Ayam MAGGI® Stock, Sos Tiram MAGGI® dan cendawan shitake menggunakan induction cooker. Tekan START dan pilih MAX.
  4. Bila pati sudah mendidih, kurangkan suhu kepada tahap 4 –5 dan biarkan ia mereneh. Pastikan cendawan sudah masak dan sekiranya belum, tambah air dan masak lebih lama.
  5. Masukkan goji berries bila cendawan telah masak dan biarkan ia mereneh untuk beberapa minum sebelum masukkan perasa.
  6. Pekatkan kuah dengan tepung jagung. Biarkan ia panas dalam induction cooker pada tahap 1.
  7. Kemudian potong kepingan ikan kepada 13 x 4 cm. Gaulkan bersama telur putih dan MAGGI® CukupRasa™. Perap beberapa minit.
  8. Potong isi sumbat lebih kurang 4cm panjang. Bahagikan sayur dan abalone sama rata untuk setiap ikan. Letakkan sayur dan abalone atas ikan dan gulung kemas-kemas. Ikan gulungan ikan dengan carikan daun bawang agar tidak terbuka.
  9. Masukkan air ke dalam Cubie Oven, pilih mod HEALTHY STEAM dan tekan SET. Tetapkan suhu kepada 150 ̊C dan tekan START.
  10. Kemudian, letakkan potongan halia tadi di atas pinggan bersama satu gulungan ikan. Barulah susun semua gulungan ikan lain di atas pinggan tadi.
  11. Selepas panaskan ketuhar, ia akan berbunyi sebanyak 3 kali dan ikon “√” akan terpapar
  12. Barulah masukkan ikan gulung tadi dan letakkan ia di atas dulang logam yang sedia ada dan tetapkan masa kepada 6 minit. Tekan butang START.

Info Nutrisi

Energy 140.8 Kcal

Protein 21.2g

Fat 2.1g

Carbs 9.2g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami