Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 40 minit

Bahan-Bahan

Bahan-bahan:  
500 g Ikan Siakap, dibersih dan disiang
1 sudu teh MAGGI® CukupRasa™
1 sudu besar minyak masak
100 ml air
1 kiub Kiub Stok Tom Yam MAGGI®
3 – 4 helai daun limau purut, dicarik
1 sudu besar (secukup rasa) gula
2 sudu besar jus limau nipis
   
Bahan untuk dikisar:  
2 biji cili merah, dibuang cili
2 tangkai cili kering, direndam dengan air suam dan dibuang biji
3 ulas bawang kecil, dihiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 batang serai, dihiris
3 cm lengkuas, dihiris
   
Bahan untuk dikukus:  
2 biji tomato, dipotong bersilang 6
5 batang kacang bendi dipotong 4 cm panjang
1 biji bawang besar, dipotong bersilang 8
Hiasan  
3 – 4 helai daun limau
2-3 tangkai daun ketumbar
2 – 3 biji cili padi, dipotong halus
1 batang serai, dihiris

Cara Memasak

  1. Perap ikan siakap dengan MAGGI® CukupRasa™ selama 30 minit ke 1 jam.
  2. Di atas kuali, tuang 1 sudu besar minyak masak dan tumis kesemua bahan kisar – cili merah, cili kering, bawang kecil, bawang putih, serai dan lengkuas, bersama daun limau purut hingga naik bau.
  3. Tuangkan air dan masukkan Kiub Stok Tom Yam MAGGI®. Letak gula, jus limau nipis dan tambahkan MAGGI® CukupRasa™ jika mahu. Tutup api.
  4. Letak ikan siakap di atas pinggan yang tahan panas. Susun tomato, kacang bendi dan bawang merah bersama ikan. Tuang kuah Tom Yam di atasnya.
  5. Kukus dengan suhu tinggi selama 20 – 25 minit atau sehingga ikan masak sempurna.
  6. Akhir sekali, taburkan hirisan limau, cili padi potong, hirisan serai dan daun ketumbar di atas hidangan.
  7. Memang sedap dimakan bersama nasi panas.

Info Nutrisi

Energy 123 Kalori

Protein 16g

Fat 5g

Carbs 5g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami