Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 45 minit

Bahan-Bahan

4 sudu besar minyak jagung
135 g Nestlé Greek Yogurt Natural
2 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
50 g mangga muda, dipotong berbaji
100 g ubi kentang, dipotong berbaji
50 g lobak merah, dipotong berbaji
400 ml air
300 g daging, dipotong kiub
30 g kacang gajus, dicincang halus
UNTUK KISAR  
1 tomato
3 sudu besar belacan
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 bawang merah
3 buah pala
2 sudu teh biji sawi

Cara Memasak

  1. Mula-mula, kisar tomato, belacan, bawang putih, bawang merah, buah pala dan bili sawi. Kemudian tumiskan semua bahan kisar tersebut di dalam periuk sampai pecah minyak.

  2. Kemudian, tambahkan Nestle® Greek Yogurt Natural, MAGGI® CukupRasa™, mangga muda, ubi kentang, lobak merah, air, daging serta kacang gajus dan kacau rata.

  3. Biarkan ia mendidih selama 5 minit dan kemudian renehkan selama 20 minit.

  4. Cedukkan kari yang telah dimasak ke dalam mangkuk hidang yang cantik dan ajaklah seisi keluarga menikmatinya…ohh aromanya pun dah terangkat!

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami