Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 1 jam

Bagus Diketahui

Untuk mudah mengeluarkan kek, gunakan bekas/talam kek yang mempunyai kapit di tepi.

Bahan-Bahan

500 g beras, dibasuh dan ditos
A:  
20 g halia, diketuk
1 bawang merah, dihiris
1 sudu besar minyak jagung
B:  
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
150 ml santan kelapa (dicairkan dengan 50 ml air)
500 ml air
2 daun pandan (diikat bersama)
Sambal Tumis  
1/3 cawan minyak jagung
A (dikisar):  
50 g cili kering, direndam
200 g bawang merah
20 g bawang putih
20 g halia
1/3 cawan air
B:  
500 g udang, dibuang kulit dan dibelah belakang
80 g pes asam jawa (dicairkan dengan 1 cawan air)
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
4 sudu besar gula
Hiasan  
  kacang tanah
  ikan bilis goreng
  timun

Cara Memasak

Nasi

1. Masukkan beras, minyak jagung, halia, bawang kecil, MAGGI® CukupRasa™, santan kelapa, air dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Kacau rata dan biar masak.

 

Sambal Tumis

1. Panaskan kuali, tuangkan minyak dan masukkan cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar. Masukkan air dan tumis bahan-bahan hingga pecah minyak.

 

2. Masukkan udang, pes asam jawa, MAGGI® CukupRasa™ dan gula. Teruskan menumis hingga pekat.

 

3. Sambung menumis pada api sederhana sekurang-kurangnya 10 minit. Ketepikan apabila selesai.

 

Langkah menyediakan kek:

1. Pecahkan 4 biji teur. Panaskan kuali leper dan gorengkan telur dalam 3 kali ulangan.

 

2. Apabila menuang telur, pastikan ia dituang nipis dan memenuhi kuali. Ketepikan apabila selesai.

 

3. Masukkan 3 cawan nasi ke dalam bekas/talam kek 7 inci dan padatkan nasi seluruhnya.

 

4. Letakkan 1 sudu besar sambal ke atas ‘kek’ nasi dan ratakan. Letakkan sepotong telur dan letakkan ‘kek’ nasi lagi. Ulang sehingga nasi dan telur habis.

 

5. Apabila selesai, sapukan lagi sambal di kek teratas.

 

6. Taburkan sedikit kacang tanah dan ikan bilis goreng di atasnya.

 

7. Alihkan bekas/talam kek berhati-hati dan cucukkan timun di sekeliling menggunakan pencungkil gigi.

 

8. Pastikan kek tidak terburai dengan mengikat tali kapas atau riben di sekelilingnya.

Info Nutrisi

Energy 426 Kcal

Protein 10g

Fat 18g

Carbs 56g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami