Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
 

Bahan-Bahan

1 ikat kecil mi suhon (glass noodle) - kering
   

Untuk sediakan lapisan bawah

(Yam Bentuk Bunga):

 
600 g keladi, dipotong kiub
10 sudu besar tepung gandum
150ml air panas mendidih
2 sudu besar lelemak (shortening)
1 sudu besar gula halus
2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
½ sudu kecil serbuk 5 rempah
   
Untuk sediakan sos:  
9 sudu besar Sos Cili Thai MAGGI®
2 sudu besar Stok Ayam Homemade MAGGI® (atau 1 kiub Stok Ayam MAGGI® Chicken)
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula
   

Untuk sediakan

lapisan atas:

 
500g isi dada ayam dipotong kiub sederhana besar
100g kiub nenas
½ lada benggala (capsicum) merah dan hijau setiap satu, dipotong 1cm
6 hiris halia
6 ulas bawang putih dihiris
1 biji bawang besar dipotong berbaji
3 sudu besar minyak masak

Cara Memasak

  1. Untuk sediakan bentuk bunga keladi, kukus keladi sehingga empuk (lebih kurang 20 minit), lenyek dan biar sejuk. Dalam mangkuk lain, masukkan air mendidih ke dalam tepung gandum dan gaul sehingga menjadi adunan lembut.
  2. Campurkan semua bahan lain, lenyek keladi dan masukkan ke dalam adunan dan uli adunan. Balut dengan kertas lutsinar (cling film) dan biar selama 30 minit.
  3. Panaskan minyak dan goreng mi suhon sehingga ia mengembang. Toskan dan susun di atas pinggan hidang yang besar.
  4. Bentukkan adunan menjadi bentuk bunga dan goreng dengan minyak penuh sehingga ia garing dan perang keemasan selama 3-5 minit di atas api sederhana. Susun kelopak bunga yang membentuk bunga dengan lubang di bahagian tengah.
  5. Campurkan bahan-bahan untuk sos di lapisan atas.
  6. Goreng bawang putih dan halia sehingga naik bau, tambahkan bawang dan goreng selama seminit dengan api tinggi. Tambah ayam dan goreng sehingga separuh masak. Masukkan sos dan biar dia merenih sehingga ayam betul masak. Kemudian masukkan lada benggala.
  7. Sendukkan masakkan dan hidang di tengah kelopak bunga. Jamulah selera sementara ia panas ya!

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami