Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

4 ekor ikan keli, dipotong sederhana
1 biji bawang besar, dikisar halus
6 ulas bawang putih, dikisar halus
4 tangkai serai, dititik
6 biji cili padi, ditumbuk kasar
1 sudu teh belacan, dibakar seketika dan ditumbuk halus
4 helai daun salam
1 helai daun kunyit
1 sudu teh serbuk kunyit
100 ml santan pekat
1 liter air
2 kiub Stok Kiub Ikan Bilis MAGGI®
1 sudu teh MAGGI® CukupRasa™
1 sudu teh gula

Cara Memasak

  1. Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih berasingan sehingga halus..

  2. Kemudian layangkan belacan di atas dapur seketika dan tumbuk sehingga lumat menggunakan lesung batu.

  3. Selepas itu, masukkan kisaran bawang besar dan bawang kecil serta semua bahan tertera di atas kecuali ikan keli ke dalam periuk. Kacau sehingga campuran bahan-bahan tadi mendidih.

  4. Akhir sekali, apabila kuah sudah mula mendidih, perlahan-lahan masukkan ikan keli. Biarkan ia mendidih sehingga ikan benar-benar masak.

  5. Sesuai dihidang panas-panas dan dinikmati bersama nasi.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami