Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

500 g Ikan kembung
50 ml minyak masak untuk menggoreng
1 sudu besar minyak jagung
1 biji bawang besar, dihiris nipis
3 sm halia muda, dimayang halus
4 ulas bawang putih, dihiris halus
2 sudu kecil biji ketumbar, ditumbuk kasar
1 sudu kecil biji jintan manis, ditumbuk kasar
2 sudu besar kicap pekat lemak manis
1 keping asam keping
2 tangkai cili merah, dihiris nipis
30 g daun bawang, dipotong 5 cm
300 ml air
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
Untuk Perapan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™

Cara Memasak

  1. Mula-mula untuk menyediakan perapan, campurkan serbuk kunyit, serbuk cili dan MAGGI® CukupRasa™ ke dalam satu mangkuk.

  2. Kemudian perapkan ikan selama 10 minit ke dalam campuran tadi.

  3. Selepas itu, panaskan minyak memasak di dalam periuk tempayan. Goreng ikan sehingga rangup dan kemudian diasing tepi.

  4. Biarkan ikan tadi untuk seketika dan sementara itu panaskan minyak jagung dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, biji ketumbar dan biji jintan manis sehingga naik bau.

  5. Kemudian masukkan kicap pekat manis, asam keeping, cili merah, daun bawang, air dan MAGGI® CukupRasa™ untuk menambah perisa.

  6. Agak-agak campuran sudah sebati barulah masukkan ikan goreng tadi dan biarkan sehingga 2 minit.

  7. Akhir sekali, hidangkan sajian ini panas-panas dan dimakan bersama yang tersayang.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami