Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

500 g Ikan Kembung
50 ml minyak masak untuk menggoreng
2 sudu besar minyak jagung
4 biji bawang merah, dihiris nipis
4 ulas bawang putih, dihiris halus
2 sudu kecil serbuk belacan
2 sudu besar jus asam jawa
200 g cili kisar
2 sudu besar Sos Cili MAGGI®
2 cawan air
2 tangkai cili merah, dihiris nipis
30 g daun bawang, dipotong 5 cm
2 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
Untuk Perapan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™

Cara Memasak

  1. Mula-mula untuk menyediakan perapan, campurkan serbuk kunyit, serbuk cili dan MAGGI® CukupRasa™ ke dalam satu mangkuk.

  2. Kemudian perapkan ikan selama 10 minit ke dalam campuran tadi.

  3. Selepas itu, panaskan minyak memasak di dalam periuk tempayan. Goreng ikan sehingga rangup dan kemudian diasing tepi.

  4. Biarkan ikan tadi untuk seketika dan sementara itu panaskan minyak jagung di dalam kuali yang lain dan tumis bawang besar, bawang putih, serbuk belacan, jus asam jawa, cili giling, Sos Cili MAGGI® dan air sehingga naik bau.

  5. Setelah itu, masukkan cili merah, daun bawang dan MAGGI® CukupRasa™ dan dimasak bersama lebih kurang satu minit.

  6. Kemudian barulah masukkan ikan goreng tadi dan biarkan ia disaluti sambal lebih kurang 2 minit.

  7. Sekarang barulah boleh nikmati sajian ini bersama yang tersayang.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami