Kerabu Timun Dayak
Kerabu daripada bahan-bahan segar tempatan pastinya memang menyelerakan sesiapa sahaja.
Bahan-Bahan
10 tangkai | Cili Padi |
1 sudu kecil | Belacan |
50 g | Ikan Bilis |
500 g | Timun Dayak(belah 2, buang biji dan parut isi menggunakan sudu, biarkan sejuk dalam peti sejuk selama 30 minit) |
100 g | Isi ikan keli bakar |
½ cawan | Jus limau nipis |
10 g | MAGGI® CukupRasa™ |
Cara Memasak
-
Mula-mula tumbuk cili padi, belacan dan ikan bilis sehingga lumat menggunakan lesung batu.
-
Kemudian campurkan bahan-bahan tadi bersama timun, ikan keli, jus limau nipis dan MAGGI® CukupRasa™ ke dalam mangkuk.
-
Barulah digaul sehingga campuran sekata.
-
Sesuai dihidang sejuk-sejuk dan dimakan bersama ikan bakar.