Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 4 pax   Cooking duration: 40 minit

Bagus Diketahui

Ikan mempunyai sumber protin yang tinggi dan protin amat penting untuk membaiki tisu badan yang rosak dan membina tisu baharu.

Bahan-Bahan

1 ekor ekor
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
1 - 2 sudu besar tepung jagung, untuk saluti ikan sebelum menggoreng
2 - 3 sudu besar minyak masak
150 g nenas, dipotong berukuran 2 x 3 cm setiap potongan
1 biji lada benggala, dibuang biji dan dipotong ukuran 2 x 3 cm setiap potongan
1 biji lada benggala, dibuang biji dan dipotong ukuran 2 x 3 cm setiap potongan
Untuk sos (dicampur):  
3 sudu besar Cili Sos MAGGI®
4 sudu besar Sos Tomato MAGGI®
1 sudu kecil
(atau secukup rasa)
MAGGI® CukupRasa™
2 sudu besar cuka (atau 3 sudu besar jus limau)
100 ml air
1 sudu kecil tepung jagung
Untuk Hiasan:  
2 tangkai ketumbar (daun sahaja)
2 tangkai daun bawang, dipotong

Cara Memasak

  1. Mula-mula, bersihkan ikan kerapu dengan membuang sisik, insang dan isi perutnya.
  2. Kemudian, cuci dan keringkan ikan dengan tuala kertas. Kelarkan ikan sebanyak 3 kali secara melintang di kedua-dua belah badannya.
  3. Seterusnya, sapukan ikan dengan MAGGI® CukupRasa™ dan perap selama 1 - 2 jam.
  4. Panaskan 2 – 2 ½ sudu besar minyak masak di dalam kuali atau kuali ‘ non-stick’ sehingga ia hampir mengeluarkan asap.
  5. Salutkan ikan dengan tepung jagung untuk mengelakkan ia daripada melekat di kuali semasa digoreng. Gorengkan ikan di dalam sedikit minyak sehingga kedua-dua belah ikan itu bertukar warna keperang-perangan. Setelah masak, letakkan di atas pinggan.
  6. Kemudian, sediakan sos dengan memanaskan baki minyak di dalam kuali ‘non-stick’. Masukkan campuran sos, bawang besar dan lada benggala. Kacau hingga sebati.
  7. Setelah sos itu mendidih, renehkan di atas api yang kecil untuk beberapa minit.
  8. Tuangkan sos nenas dan lada benggala ke atas ikan tadi. Akhir sekali, hias dengan daun ketumbar dan daun bawang. Nikmati hidangan ketika masih panas.

Info Nutrisi

Energy 261 Kcal

Protein 24g

Fat 13g

Carbs 12g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami