Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 45 minit

Bagus Diketahui

Tambah sayur kegemaran anda. Cicah kuah dengan roti atau nasi jagung pun syok juga!

Bahan-Bahan

Sambal Shellout  
1/3 cawan minyak jagung
   
A (Kisar)
50 gram cili kering
200 gram bawang besar, dikisar
20 gram bawang putih
20 gram halia
1/3 cawan air
   
B  
2 batang halia, diketuk
2 tangkai daun kari
4 sudu besar serbuk kari ikan + 2 sudu besar air
3 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1/4 cawan sos ikan
3 keping asam keping
1 biji perahan jus lemon
2 sudu besar gula
100 ml air, untuk lebih berkuah
   
Makanan Laut & Sayur  
3 ekor ketam, dicuci & dikerat
300 gram udang, dicuci (tanpa dibuang kulit)
100 gram kepah, dicuci
150 gram sotong, dicuci & dihiris
200 gram brokoli, dipotong floret
2 tongkol jagung, dikerat 3
200 gram lobak merah, dihiris

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan serai, daun kari, serbuk kari yang telah dicampur air, Sos Tiram MAGGI®, sos ikan dan jus lemon.
  3. Tuang air dan kacau.
  4. Didihkan air dalam periuk besar, celur makanan laut dan sayur hingga empuk.
  5. Ceduk 1 cawan air stok dan kaut keluar makanan laut dan sayur.
  6. Tuang kuah ke dalam makanan laut dan sayur, gaul mesra.
  7. Hidang dengan roti pita atau nasi jagung.

Info Nutrisi

Energy 197 Kalori

Protein 14g

Fat 9g

Carbs 15g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami