Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 40 minit

Bahan-Bahan

4 sudu besar minyak masak
3 biji bawang merah, dikisar
3 ulas halia, dikisar
5 tangkai cili kering, dikisar
1 sudu besar halia, dikisar
2 tangkai serai, dikisar
350 g kacang tanah, digoreng dan di tumbuk kasar
100 g gula Melaka
1 liter air
2 sudu besar jus asam jawa
4 sudu besar santan
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
1 sudu teh kicap pekat manis

Cara Memasak

  1. Mula-mula kisar bawang merah, bawang putih, cili kering, halia dan serai sehingga halus. Asingkan di dalam mangkuk.
  2. Kemudian panaskan kuali. Masukkan bahan kisaran tadi sedikit demi sedikit dan tumis sehingga naik bau.
  3. Selepas itu barulah masukkan kacang, gula Melaka, air, jus asam jawa, santan, MAGGI® CukupRasa™ serta kicap pekat manis dan biarkannya sehingga mendidih.
  4. Akhir sekali, perlahankan api dan biarkan kuah mendidih sehingga pecah minyak.
  5. Amat sesuai dijadikan sebagai kuah satay atau dimakan bersama nasi impit.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami