Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bagus Diketahui

Rendam makanan jeruk seperti sawi jeruk dan plum dalam air untuk mengurangkan kandungan garam sebelum memasak.

Bahan-Bahan

1 seekor jenahak (saiz sederhana dalam 300-400g), dibersihkan dan disiang, dibilas
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
3 inci halia, dihiris halus 2/3 dan selebihnya dimayang halus
½ kotak tauhu lembut, dipotong 1-1.5cm panjang
1 tomato (sederhana), dipotong berbaji 12
2 keping cendawan Shiitake kering, direndam hingga lembut dan dihiris halus
30 – 50 g sawi jeruk masin, dibasuh di bawah air yang mengalir untuk menghilangkan air garam, dipotong kiub kecil atau dihiris
2 keping plum masin, dibuang biji
Untuk hiasan:  
1 sudu besar cili padi, dihiris / cili merah, dicarik
1 tangkai daun bawang, dicarik
2 tangkai ketumbar, daun sahaja
Untuk kuah, dicampurkan 
dalam satu mangkuk:
 
4 sudu besar air
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
1 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil minyak bijan (pilihan)
Untuk minyak bawang 
putih (pilihan):
 
4 ulas bawang putih, dihiris
2 sudu besar minyak masak

Cara Memasak

1. Bersihkan ikan dan keringkan. Seterusnya, kelar 2-3 garisan pada ikan dan perap dengan 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa ™. Biarkan selama 1-2 jam.

 

2. Goreng bawang putih yang dihiris dalam minyak masak sehingga perang keemasan. Bila wangi, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil. Ketepikannya.

 

3. Masukkan 2 hirisan halia dalam rongga ikan untuk menghilangkan bau hanyir. Susun halia yang telah dimayang halus dalam pinggan yang dalam dan kalis haba.

 

4. Kemudian, letakkan ikan di dalam pinggan, diikuti oleh tauhu dan plum masin di sekeliling ikan.

 

5. Taburkan tomato, hirisan cendawan, sawi jeruk dan halia yang dimayang di sekitar dan di atas ikan tersebut.

 

6. Selepas semua bahan telah dimasukkan, renjiskan kuah ke atas ikan tersebut.

 

7. Sekarang ikan sedia untuk dikukus. Masukkan sedikit air dalam pengukus atau kuali.

 

8. Kukus ikan pada suhu yang tinggi selama 8 hingga 10 minit, bergantung kepada saiz ikan atau hingga ikan telah betul-betul masak (mata ikan bertukar menjadi putih dan membonjol).

 

9. Akhir sekali, renjiskan 2 sudu kecil minyak bawang putih pada ikan, hiaskan dengan daun bawang, daun ketumbar dan cili (pilihan).

 

10. Hidangkan panas dengan nasi beras wangi.

 

Tip Chef: Anda boleh menggunakan bawal putih atau kerapu (ikan atau filet) atau kod untuk menggantikan jenahak.

Info Nutrisi

Energy 148 Kcal

Protein 23g

Fat 4g

Carbs 5g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami