Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

(UNTUK NASI)  
4 ulas bawang putih, dihiris
5 sm halia, dihiris
1 ulas bawang merah, dihiris
2 sudu besar minyak jagung
2 biji buah pelaga
2 helai bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 helai bunga lawang
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
700 ml air / stok daging
500 ml beras basmati, dicuci dan ditoskan
(UNTUK DAGING)  
4 ulas bawang putih, dikisar
5 cm halia, dikisar
2 bawang merah, dikisar
1 sudu besar minyak jagung
1 paket MAGGI® Hari-Hari Favourites Perencah Nasi Briyani
¼ cawan air
300 g daging, direbus
100 g kacang kuda, direbus
100 g kacang dal, direbus
20 g kismis
20 g daun ketumbar
20 g daun pudina
3 sudu besar badam, dihiris nipis

Cara Memasak

CARA MEMASAK NASI
 

  1. Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, dan bunga cengkih ke dalam kuali hingga semuanya berwarna perang.
  2. Kemudian masukkan beras dan kacau.
  3. Alihkan beras dan bahan tumisan tadi ke dalam periuk nasi elektrik untuk masak.

CARA MEMASAK DAGING
 

  1. Panasnya minyak jagung dan tumiskan bawang putih, halia dan bawang merah sehingga naik baunya.
  2. Kemudian, campurkan MAGGI® Hari-Hari Favourites Perencah Nasi Briyani, air, daging, kacang kuda dan dal. Biarkan dia mereneh selama 10 minit.
  3. Akhir sekali, masukkan kismis, daun ketumbar, daun pudina dan hirisan badam. Biarkan masakan selama 5 minit lagi.
  4. Cedukkan separuh daripada nasi yang telah dimasak dan masukkan daging di atas baki nasi di dalam periuk.
  5. Kemudian masukkan semula nasi yang diceduk tadi dan panaskan nasi selama 5 minit lagi.
  6. Tadaa siap! Dan kacaulah nasi briyani anda sebelum dihidangkan panas.

 

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami