Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 40 minit

Bahan-Bahan

400 g ayam, tanpa tulang, lemak dan kulit dibuang, dipotong kecil-kecil
8 keping (dalam 20 g) cendawan Shiitake kering, direndam dan dihiris
2 bawang merah, dimayang halus
1 inci halia, dimayang halus
250 g lobak merah, dipotong dadu satu inci
3 cawan beras putih, dibasuh dan dibilas
600 ml air
1 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar daun bawang, dimayang halus
1 sudu besar ikan masin goreng (pilihan)
2 sudu besar cili padi, dihiris (pilihan)
250 g kailan, dibersihkan
Untuk hidangan: Kicap cair
Untuk kuah 
(dicampur dalam satu mangkuk):
 
2 sudu besar MAGGI® Oyster Sauce
2 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar air

Cara Memasak

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali atau periuk. Kemudian, tumis bawang merah dan halia sehingga beraroma.

 

2. Seterusnya, masukkan ayam, lobak merah dan hirisan cendawan. Goreng selama 5 minit atau sehingga ayam menjadi empuk.

 

3. Masukkan minyak bijan, campuran kuah dan biarkan ia reneh selama 3 minit di atas api sederhana. Bila siap, ketepikannya dan sediakan nasi.

 

4. Masak nasi dengan 600 ml air di dalam periuk nasi dan letakkan kailan di atas. Apabila nasi hampir masak (semua air telah diserap dan bijirin beras mula kelihatan gebu), kira-kira 15 - 20 minit kemudian, masukkan ayam yang telah dimasak tadi.

 

5. Masukkan ayam dan nasi bersama, gaulkan sehingga betul-betul rata.

 

6. Kemudian, tutup semula tudung periuk dan biarkan nasi terus dimasak selama 10 minit sehingga kuah diserap sepenuhnya ke dalam nasi. Simpan panas sehingga dihidangkan.

 

7. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan ikan masin goreng (pilihan) sebelum dihidangkan.

 

8. Untuk lebih pedas, hiris cili padi dan hidangkan bersama kicap cair.

 

Tip Chef: Jumlah air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.

Info Nutrisi

Energy 397 Kcal

Protein 21g

Fat 5g

Carbs 67g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami