Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 45 minit

Bagus Diketahui

Jaga kuantiti makan anda, pastikan tidak melebihi 2 senduk nasi untuk satu hidangan.

Bahan-Bahan

Untuk Nasi Dagang :  
500 g beras Nasi Dagang, (campuran beras berwarna ungu seperti beras pulut) cuci dan bilas
600 ml air
100 ml santan kelapa
1 inci halia, dihiris
1 ulas bawang, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
¼ sudu kecil biji halba
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
Untuk Kari Ikan Tonggol :  
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar herba campur
1 jalur daun kari
2 ulas bawang, dikisar
10 gram halia, dikisar
2 tangkal cili segar, dikisar
3 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan putih
½ sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk cili
500 gram ikan kembung / ikan tongkol, dibersihkan dan dibuang isi perut, dibilas
3 batang bendi
2 ulas tomato, dipotong berbaji
30 gram asam jawa, dicampurkan dengan 100ml air, dibuang biji
400 ml air
3 sudu besar NESTLÉ Natural Set Yogurt
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
Untuk Acar Jelatah:  
200 gram lobak merah, dipotong sepanjang 2cm
200 gram timun, dipotong sepanjang 2cm
300 gram nenas, potong kepada ketulan kecil
2 tangkai cili merah, dihiris
1 ulas bawang merah, dihiris
½ cawan cuka putih
¼ cawan air
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
1 sudu besar gula
1 sudu besar daun bawang
1 sudu besar bijan

Cara Memasak

Untuk Nasi Dagang :

 

1. Mula-mula, rendam beras Nasi Dagang yang telah dicuci selama 1 jam. Kemudian, toskan dengan penapis dan masukkan ke dalam periuk nasi.

 

2. Seterusnya masukkan 600ml air bersama santan kelapa, halia, bawang putih dan biji halba ke dalam periuk nasi. Kacau bahan-bahan tersebut menggunakan senduk kayu dan biarkan sehingga nasi masak.

 

3. Sementara nasi masak, sediakan Kari Ikan Tongkol dan juga Acar Jelatah.

 

Untuk Kari Ikan Tongkol :

 

1. Mula-mula, panaskan minyak di dalam periuk. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang putih, halia, cili, daun kari dan juga herba campur serta goreng sehingga wangi.

 

2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam dan serbuk cili dan kacau selama 1-2 minit sehingga pecah minyak.

 

3. Seterusnya, masukkan air asam jawa, NESTLÉ Natural Set Yogurt dan juga MAGGI® CukupRasa™. Kemudian masukkan ikan bersama bendi dan tomato. Akhir sekali masukkan 400ml air dan biarkan ia mendidih

 

4. Apabila kuah mula mendidih, perlahankan api dengan segera dan biarkan ia mendidih selama 10 minit.

 

5.Sediakan Nasi Dagang dengan keenakan Kari Ikan Tongkol yang menggiurkan. Pasti berselera!

 

Untuk Acar Jelatah:

 

1. Mula-mula, masukkan satu persatu bahan-bahan seperti cuka putih, MAGGI® CukupRasa™, gula, bijan dan akhir sekali ¼ cawan air di dalam satu mangkuk dan kacau hingga sebati.

 

2. Seterusnya, masukkan lobak merah, timun, nenas, cili merah dan juga bawang merah yang telah dihiris dan kacau bersama bahan-bahan tadi.

 

3. Acar Jelatah anda telah pun siap! Ketepikan acar tersebut selama 1 jam atau selama satu malam agar campuran menjadi lebih sebati.

Info Nutrisi

Energy 325 Kcal

Protein 7g

Fat 5g

Carbs 63g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami