Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 45 minit

Bagus Diketahui

Gantikan separuh daripada beras putih dengan beras perang adalah idea yang bagus untuk mendapatkan lebih fiber, vitamin dan mineral yang memberi manfaat untuk badan anda

Bahan-Bahan

500 g beras siam, cuci dan bilas
650 ml air
2 titis pewarna biru atau satu genggam bunga telang
3 helai daun limau purut
1 batang serai
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
Ulam-ulaman:  
  Daun selom, dihiris nipis
  Pucuk ulam raja, dihiris nipis
  Kacang panjang, dihiris nipis
  Bunga kantan, dihiris nipis
  Daun kesom, dihiris nipis
  Kubis, dihiris nipis
  Serai, dihiris nipis
  Daun kunyit, dihiris nipis
  Tauge, basuh dan toskan
  Sambal budu (jika inginkan)

Cara Memasak

  1. Sebelum memasak nasi, hiris ulam-ulaman terlebih dahulu dengan menggunakan pisau yang tajam kemudian ketepikan.

  2. Selepas itu barulah masukkan beras bersama dengan pewarna biru atau bunga telang, daun limau purut, serai dan MAGGI® CukupRasa™ ke dalam periuk. Akhir sekali tuangkan 650ml air untuk memasak nasi.
  3. Apabila nasi sudah masak, sediakan bersama dengan pelbagai jenis ulam.

Info Nutrisi

Energy 325Kcal

Protein 7g

Fat 1g

Carbs 72g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami