Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 6 pax   Cooking duration: 35 minit

Bahan-Bahan

2 sudu besar Minyak kelapa
1 biji Bawang kecil, dihiris
1 inci Halia, dihiris
1 ulas Bawang putih, dihiris
500 g Beras, dibersihkan
600 ml Air
200 ml Nestlé Just Milk Penuh Krim
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
2 helai  Daun pandan
   
Sambal Ikan Bilis:  
1 sudu kecil Minyak masak
1/2 biji Bawang besar,dihiris
2 pek MAGGI® Pes Sambal Tumis
100 ml Air
1/4 sudu kecil Pes asam jawa
80 g Ikan bilis, dibersihkan & direndam selama 10 minit
2 sudu kecil Gula
3 biji Telur, direbus
100 g Timun, dihiris
1 mangkuk Kacang goreng

 

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang kecil, halia dan bawang putih. Masukkan beras dan tutup api terus. Gaulkan rata.
  2. Masukkan semua bahan yang telah ditumis ke dalam periuk nasi dan tuangkan air, Nestlé Just Milk Penuh Krim, MAGGI® CukupRasa™ dan gaul rata. Masukkan daun pandan. Biarkan ia masak.
  3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar dan masukkan MAGGI® Pes Sambal Tumis. Gaulkan rata.
  4. Masukkan air, ikan bilis, pes asam jawa and gula. Reneh sehingga masak.
  5. Hidangkan nasi bersama sambal ikan bilis, telur, timun dan kacang goreng.


    Cadangan Hidangan:
    Hidang dengan buah-buahan dan lebih sayuran.

Info Nutrisi

Tenaga 483.6 Kcal

Protin 14.5g

Lemak 13.2g

Karb 74.3g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami