Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

Rempah Mandi:  
2 sudu besar cengkih
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan hitam
4 sudu besar ketumbar
2 sudu kecil buah pelaga
2 sudu kecil serbuk kunyit
A:  
3 sudu besar minyak sapi / minyak jagung
1 ulas bawang, dipotong dadu
4 ulas bawang putih
B:  
1 bahagian dada ayam
1 ekor paha ayam
4 sudu besar serbuk rempah
1 liter air
3 helai daun daun salam / daun bay
C:  
500 gram Beras basmathi, dicuci dan ditoskan
2 kiub Kiub Pati Ayam MAGGI®

Cara Memasak

  1. Campurkan rempah, sangai di atas kuali panas sehingga naik bau dan ketepikan.
  2. Kisar rempah sehingga halus (boleh disampan selama 1 bulan).
  3. Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan bahan B. Renihkan sehingga ayam empuk. Toskan ayam dan simpan stok air rebusan ayam untuk masak nasi.
  4. Masuk beras basmathi dalam periuk nasi letrik dan 900 ml stok ayam tadi (tambah air jika tidak cukup 900 ml).
  5. Masukkan kiub pati Ayam MAGGI, kacau sebelum masukkan ayam.
  6. Biar ia memasak dalam periuk nasi letrik.

Info Nutrisi

Energy 347 Kalori

Protein 19g

Fat 10g

Carbs 47g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami