Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

Rempah Maqloobah:  
2 sudu besar cengkih
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan hitam
4 sudu besar ketumbar
2 sudu kecil buah pelaga
2 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar serbuk cili
100 gram bunga kubis, dipotong floret
100 gram lobak merah, dipotong dadu
A:  
3 sudu besar minyak sapi/minyak jagung
1 biji bawang besar, dipotong dadu
4 ulas bawang putih, dibuang kulit, dibiar sebiji-sebiji
3 helai daun salam / daun bay kering
B:  
500 gram kambing, dipotong kiub
3 sudu besar serbuk rempah (boleh lebihkan untuk lebih rasa rempah)
¼ cawan Sos Tomato MAGGI®
1 liter air
C:  
500 gram Beras basmathi, dicuci dan ditoskan
2 kiub Kiub Stok Daging MAGGI®

Cara Memasak

  1. Campurkan rempah, sangai di atas kuali panas sehingga naik bau dan ketepikan.
  2. Kisar rempah sehingga halus. Masukkan serbuk kunyit dan serbuk cili dan gaul rata. (boleh disampan selama 1 bulan).
  3. Masuk sedikit minyak dalam kuali, goreng sayur-sayuran hingga sedikit perang.
  4. Guna minyak yang sama masukkan bahan A dan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata.
  5. Masukkan air, didihkan sehingga kambing empuk. Toskan air dan kambing. Simpan stok air rebusan kambing untuk masak nasi.
  6. Masukkan Kiub Stok Daging MAGGI® dan kacau rata.
  7.  Ambil periuk nasi letrik, lapiskan daun pisang di bahagian bawah sekali. Lapiskan kambing, kemudian sayur, nasi dan masukkan stok air rebusan kambing (masukkan air jika tidak cukup 900ml).
  8. Lapik penutup periuk dengan kertas aluminium untuk biarkan dia masak sepenuhnya di dalam periuk letrik
  9. Hidangkan terbalik dan hiaskan dengan daun ketumbar.

Info Nutrisi

Energy 418 Kalori

Protein 28g

Fat 14g

Carbs 45g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami