Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

500 g beras basmathi ketul
2 sudu besar minyak sapi
3 biji bawang merah, dihiris nipis
3 ulas bawang putih, dihiris nipis
1 sm halia, dihiris nipis
2 batang kulit kayu manis
2 putik bunga lawang
4 putik bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 kiub Stok Kiub Ayam MAGGI®
2 helai daun pandan
1.5 liter air
50 g kismis
50 g gajus panggang

Cara Memasak

  1. Mula-mula panaskan minyak sapi di dalam periuk. Selepas itu, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.

  2. Kemudian tumis kesemua bahan tadi sehingga naik bau.

  3. Barulah masukkan beras basmathi dan kacau rata dengan bahan-bahan tumisan tadi.

  4. Setelah ia bergaul rata, pindahkannya ke dalam periuk nasi elektrik dan kemudian masukkan Stok Kiub Ayam MAGGI®, daun pandan dan air ke dalamnya.

  5. Tunggu nasi masak menggunakan periuk nasi elektrik seperti biasa.

  6. Akhir sekali, hiaskan nasi minyak menggunakan kismis dan gajus panggang untuk menaikkan selera dan bolehlah dihidang panas untuk dinikmati bersama keluarga.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami