Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
 

Bahan-Bahan

300g dada ayam dipotong dadu
Untuk perapan sosej dan ayam:  
1 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar Sos Tomato MAGGI®
1 sudu besar gula merah
3 sudu besar minyak masak
Untuk perapan beras:  
150g keladi, dipotong dadu
1 sudu kecil serbuk 5 rempah
500g beras pulut Thai direndam 3 jam dan ditoskan
1 sudu besar udang kering dicincang
1 liter stok ayam (1liter air 80ml stok ayam)
2 sudu besar minyak masak
2 biji telur digoreng dadar dan dipotong jalur
  Salad lettuce dan daun bawang untuk hiasan

Cara Memasak

  1. Perap sosej dan ayam dengan sos dan MAGGI® CukupRasa™.

  2. Panaskan kuali dan goreng dengan sedikit minyak sehingga perang dan melekit. Angkat dan biar seketika.
  3. Gaul keladi dengan serbuk 5 rempah dan goreng dengan minyak sedikit. Angkat dan biar seketika.
  4. Kemudian, panaskan minyak dan goreng udang kering sehingga naik bau. Kemudian masukkan beras dan goreng selama 1 minit dan masukkan air stok ayam diparas ¼ dan MAGGI® CukupRasa™. Biarkan ia merenih dengan api perlahan sehingga ia mengering.
  5. Ulangi dengan menambah air stok sedikit demi sedikit sehingga beras masak dan semua stok meresap (jumlah stok berbeza mengikut jenama beras; masukkan secukupnya).

  6. Akhirnya besarkan api dan tambahkan keladi dan goreng sehingga beras kering.

  7. Hidangkan nasi dan taburkan sosej, ayam dan telur dadar. Hiaskan dengan salad dan daun bawang.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami