Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 45 minit

Bagus Diketahui

Belajar bagaimana untuk menyediakan stok anda sendiri. Letakkan udang, sayur-sayuran, herba dan rempah dalam periuk, masak dengan api yang tinggi dan sehingga mendidih, kemudian kecilkan api dan biarkan ia mereneh.

Bahan-Bahan

200g udang
200g sotong
100g lala
2 Sudu besar minyak zaitun
3 Ulas bawang putih, dicincang
1 bawang kecil, dipotong dadu
1 Sudu kecil paprika
1 Sudu kecil oregano
1 1/2 Cawan beras basmati
500ml air
1/2 Cawan Sos Tomato MAGGI®
2 Sudu Stok Ayam MAGGI® Homemade
1 Cawan kacang
1 lada merah, dipotong dadu

Cara Memasak

  1. Goreng udang dalam minyak zaitun untuk memberikan rasa udang dalam minyak. Ketepikan udang.
  2. Seterusnya, tumis bawang putih, bawang dan lada merah sehingga wangi dalam minyak gorengan udang tadi.
  3. Masukkan paprika, oregano dan sos tomato. Kacau sos tomato, kemudian masukkan beras dan kacau sebati bahan-bahan tersebut dalam kuali. Kacau selama beberapa minit supaya ia dapat menyerap setiap rasa.
  4. Cairkan stok ayam dengan air dan tuangkan ke dalam kuali. Letakkan tutup di atas dan masak selama 25 minit.
  5. Masukkan serta kacau makanan laut dan kacang, letakkan tudung kembali dan biarkan ia masak selama 15 minit lagi sehingga nasi masak dengan gebu.
  6. Nikmati panas-panas!

Info Nutrisi

Energy 294 kalori

Protein 17g

Fat 6g

Carbs 43g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami