Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 6 pax   Cooking duration: 45 minIT

Bahan-Bahan

A (Pastri):  
2 ½ cawan tepung gandum
1 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil garam halus
3 sudu besar minyak jagung
1 cawan mentega tanpa garam, sejuk
60 ml air
2 sudu kecil cuka putih
B (Inti):  
1 sudu besar minyak
2 sudu besar mentega
2 sudu kecil bawang putih
300 gram dada ayam, dipotong kecil
100 gram cendawan butang, dihiris
1 batang lobak merah, didadu kecil
2 batang batang saderi, didadu kecil
2 helai daun salam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil daun taim kering
1 sudu besar tepung gandum
1 ½ cawan air
2 kiub Kiub Pati Ayam MAGGI®
½ cawan kacang pea
1 biji telur, dipukul

Cara Memasak

  1. Campur tepung gandum, gula kastor dan garam halus. Gaul rata kemudian tambah minyak jagung.
  2. Masukkan mentega beku. Uli dengan tangan dan bentuk menjadi doh.
  3. Masukkan air dan cuka ke dalam doh. Adun sebati.
  4. Masukkan doh ke dalam peti sejuk selama 30 minit agar tekstur lebih keras.
  5. Dalam kuali, panaskan minyak dan mentega.
  6. Tumis bawang putih, dada ayam, cendawan butang, lobak merah, batang saderi, daun salam, serbuk lada hitam dan daun taim kering.
  7. Masukkan tepung gandum dan air. Gaul sebati.
  8. Masukkan Kiub Pati Ayam MAGGI® dan kacang pea. Ketepikan.
  9. Panaskan ketuhar pada suhu 180ºc.
  10. Canai doh sehingga menjadi pastri sederhana nipis.
  11. Masukkan lapisan pastri ke dalam mangkuk bakar. Letakkan sesuatu yang berat di atas pastri supaya tidak kembang.
  12. Bakar pastri selama 10 minit.
  13. Isikan pastri yang telah dibakar dengan inti dan ratakan. Letak satu lagi lapisan pastri di atas inti dan hias dengan garfu.
  14. Hias atas pai dengan lebihan doh dan sapu permukaannya dengan telur.
  15. Bakar pai selama 30 minit pada suhu 180ºc.

Tip: Tambah cuka untuk doh pastri yang berkelopak apabila dibakar.

Info Nutrisi

Energy

341 Kcal

 

Protein

12g

 

Fat

9g

 

Carbs

53g

 

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami