Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 40 minit

Bagus Diketahui

Cendawan adalah rendah karbohidrat, tinggi serat dan juga merupakan sumber yang sangat baik untuk vitamin B. Pilih cendawan yang keras, berisi dan bebas daripada lebam tanpa kelihatan lembap di bahagian di luar. Elakkan cendawan yang berlendir mahupun berbintik.

Bahan-Bahan

Untuk bebola daging:  
500g ayam cincang
1/2 Cawan serbuk roti
1 Sudu kecil herba campuran
1 Sudu kecil emping cili
1 Kiub Kiub Ayam MAGGI®
2 Ulas bawang putih
1 lobak merah, dipotong dadu
2 Batang selasih, dicincang halus
   
Untuk Pasta:  
250g spageti atau linguine
1 Sudu besar mentega tanpa garam
1 Sudu besar minyak zaitun extra virgin
3 Ulas bawang putih, dicincang
200g cendawan butang segar, dihiris
1/2 Cawan krim putar atau krim masakan
2 Sudu besar pasli cincang (pilihan)
1 Kiub Kiub Ayam MAGGI® air 200 ml
  kisaran lada hitam secukup rasa
  parutan keju Parmesan untuk dihidang (pilihan)

Cara Memasak

  1. Mula-mula siapkan bebola ayam dengan menggabungkan semua bahan-bahannya. Uli campuran itu dan bentukkan menjadi bebola.
  2. Goreng bebola ayam sehingga menjadi perang keemasan selama kira-kira 8-10 minit. Ketepikannya.
  3. Kini, sediakan pasta. Tambahkan ¼ sudu kecil garam ke dalam periuk besar berisi air dan biarkan sehingga mendidih. Masak pasta mengikut arahan pada paket.
  4. Apabila pasta masak, toskan dan ketepikan. Renjiskan sedikit minyak zaitun untuk mengelakkan pasta daripada melekat.
  5. Panaskan minyak zaitun dan mentega di dalam periuk. Tumis bawang putih sehingga perang sedikit, kemudian, masukkan cendawan dan masak sehingga lembut.
  6. Seterusnya, tuangkan krim, masukkan Kiub Ayam MAGGI® dan air. Renehkan selama 5 minit. Lazatkan rasanya dengan lada hitam, tambah pasli dan kacau lagi sebelum tutup api.
  7. Masukkan pasta, bebola ayam dan tuangkan sos pasta.
  8. Sendukkan pasta ke dalam pinggan individu, taburkan pasli tambahan dan parutan halus keju Parmesan.

Info Nutrisi

Energy 409 kalori

Protein 24g

Fat 17g

Carbs 40g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami