Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 12 pax   Cooking duration: 45 minit

Bahan-Bahan

1 paket spageti kering, direbus & ditapis
A:  
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
I sudu besar serbuk lada cayenne
3 sudu besar Sos Tomato MAGGI®
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
50 ml air
4 sudu besar minyak masak
2 biji bawang Holland,dicincang
5 biji bawang putih,dicincang
300 gram daging, dicincang
1 batang lobak merah, didadu kecil
2 biji tomato, dipotong dadu kecil
3 batang batang saderi, didadu kecil
1 biji lada benggala, didadu kecil
B (Sos keju):  
½ cawan mentega
½ cawan tepung gandum
3 cawan susu segar
¼ sudu kecil serbuk lada cayenne
½ sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
1 cawan keju, disagat
C (Taburan):  
1 cawan keju, disagat

Cara Memasak

  1. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan bawang Holland, bawang putih dan daging cincang. Tumis seketika.
  2. Masukkan lobak merah, tomato, batang saderi, lada benggala, serbuk ketumbar, jintan manis, lada cayenne, Sos Tomato MAGGI® , MAGGI® CukupRasa™ dan sedikit air. Ketepikan.
  3. Di dalam periuk, cairkan mentega dan tambah tepung gandum. Gaul rata.
  4. Tuangkan susu perlahan-lahan, sambil kacau rata. Masukkan bahan B yang seterusnya.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 180ºc.
  6. Sementara itu, di dalam bekas kaca pilihan, sapukan sos keju, letakkan spaghetti dan tuangkan sos keju, letakkan tumisan daging, sos keju dan spaghetti. Ulang sehingga bahan habis. Taburkan keju di permukaan.
  7. Bakar selama 15 minit pada suhu 180ºc sehingga keju keperangan.
  8. Hidang panas-panas.

Tips: Daging lembu boleh diganti dengan ayam, mengikut citarasa.

Info Nutrisi

Energy

389 Kcal

 

Protein

15g

 

Fat

17g

 

Carbs

40g

 

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami