Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 6 pax   Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

500 gram dada ayam, dihiris
1 sudu kecil MAGGI CukupRasa
A: (SOS PESTO)  
2 ulas bawang putih
50 gram selasih
25 gram gajus
1 ½ sudu besar minyak zaitun
½ biji jus lemon
1 tangkai cili padi (hijau)
1 sudu kecil MAGGI CukupRasa
50 gram keju parmesan
250 gram Pasta
Hiasan:  
  Brokoli
  Kacang buncis
  Lemon

Cara Memasak

  1. Gaulkan ayam dan MAGGI CukupRasa, dan perap sebentar.
  2. Kisar semua bahan, bawang putih, selasih dan gajus menggunakan pengisar atau lesung batu sehingga lumat. Perlahan-lahan tuangkan minyak zaitun dan jus lemon.
  3. Tambah cili padi untuk pes rasa lebih pedas (mengikut cita rasa) dan perasakan dengan MAGGI CukupRasa. Tambah keju parmesan untuk pekatkan pes.
  4. Panaskan kuali atau pemanggang, panggang ayam yang diperap sehingga masak. Rehatkan ayam sebentar sebelum mula menghiris.
  5. Rebus pasta, keringkan dan ambil 3 sudu air pasta dan gaulkan dengan ayam dan pesto.
  6. Hidangkan dengan brokoli dan kacang buncis celur.

Info Nutrisi

Energy 333 Kcal

Protein 29g

Fat 9g

Carbs 34g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami