Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
 

Bahan-Bahan

15 kepak ayam dipotong dua
2 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1 sudu kecil lada putih
   
Untuk sediakan sos:  
1.5 sudu besar Nescafe Gold
100ml air
1 sudu besar Sos Tomato MAGGI®
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar gula
1 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™

Cara Memasak

  1. Perap kepak ayam dengan Sos Tiram MAGGI® dan lada putih selama 3 jam dan gorengkan di dalam minyak penuh sehingga ayam empuk dan perang keemasan. Angkat dan biar seketika.
  2. Campurkan bahan-bahan sos dan tuang ke dalam periuk di atas api, biar ia merenih sehingga memekat. Masukkan kepak yang telah digoreng dan kacau sehingga sos membaluti ayam.
  3. Angkat dan hidangkan dengan hirisan cili merah dan daun bawang.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami