Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

500 gm Ikan kembung atau Sardin, dibersih
2 helai Daun Pisang
4 helai Daun Kunyit
2 biji Buah Bambangan, dicincang
  A
1 sudu besar Minyak masak
4 ulas Bawang Putih, dicincang
1 biji Bawang Besar, dicincang
4 sm Halia, cincang
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
5 biji Cili Kering, dihiris kecil
  B
50 g Asam Jawa, dibuang biji
100 ml Air
3 keping Asam Keping
12 g MAGGI® CukupRasa™

 

Cara Memasak

  1. Mula-mula ikan harus dibuang isi perut dan dibersihkan terlebih dahulu. Asingkannya ke tepi.

  2. Setelah itu, masukkan minyak masak ke dalam kuali dan tunggu sehingga ia panas. Kemudian tumis bawang putih, halia, serbuk kunyit dan cili kering sehingga naik bau.

  3. Masukkan asam jawa, asam keping, MAGGI® CukupRasa™ dan air bersama ikan ke dalam tumisan tadi.

  4. Kemudian di dalam periuk, susun sekeping daun pisang bersama daun kunyit dan buah bambangan. Letakkan ikan dan bahan-bahan yang dimasak tadi diatas daun berkenaan.

  5. Tutup tudung periuk dan biarkan ia masak dengan api kecil lebih kurang selama 25 minit.

  6. Pinasakan amat sesuai dimakan bersama nasi putih dan sambal.

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami