Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 1 jam

Bagus Diketahui

Untuk masakan yang lazat Penggunaan herba dan rempah semulajadi untuk masakan yang lazat.

Bahan-Bahan

500 gram daging, dipotong dadu
2 ulas bawang merah, dihiris
1 batang serai, dihiris nipis
3 batang serai, dikisar
1 inci halia, dikisar
1 inci kunyit hidup, dikisar
2 inci lengkuas, dikisar
2 ulas bawang, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
100 gram cili kering, dikisar
1 paket asam jawa
100 ml santan kelapa pekat
50 ml air
2 helai daun kunyit, dihiris nipis
1 ketul Kiub Pati Ayam MAGGI®

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak ke dalam kuali, dan apabila minyak sudah panas, masukkan hirisan bawang merah serta bahan-bahan yang telah dikisar seperti serai, halia, kunyit hidup, lenkuas, bawang, bawang putih dan juga cili. Kemudian masukkan daging.

  2. Kacau selama 5-10 minit.
  3. Masukkan asam jawa, santan kelapa pekat, air dan daun kunyit bersama Kiub Pati Ayam MAGGI®. Masak pada suhu sederhana dan kacau sekali-sekala.
  4. Apabila kuah menjadi pekat serta daging semakin lembut, perlahankan api dan kacau berterusan sehingga rendang menjadi kering dan pecah minyak.
  5. Rendang anda sedia untuk dihidang dan dimakan bersama nasi panas. Pasti menyelerakan!

Info Nutrisi

Energy 161 Kcal

Protein 20g

Fat 5g

Carbs 9g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami