Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 45 minit

Bagus Diketahui

Makan sayur-sayuran berlainan warna untuk mendapatkan pelbagai vitamin, mineral dan antioksidan yang penting untuk kesihatan

Bahan-Bahan

1 sudu kecil minyak jagung
500 g dada ayam
2 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar air
100 g timun, dihiris
200 g salad
100 g tomato, dihiris
50 g lobak merah, dimayang
1 jagung, dipanggang
50 g kacang kuda
¼ cawan badam dipanggang, dicincang
   
Untuk Kuah:  
1 bawang, dicincang
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar parsli cincang
100 g Yogurt NESTLÉ Greek Style
1 sudu kecil hirisan kulit limau
2 sudu kecil jus limau
1 sudu besar madu

Cara Memasak

  1. Mula-mula gabungkan Sos Tiram MAGGI®, serbuk cili dan air dalam mangkuk kecil. Kemudian, tuangkan ke atas dada ayam dan perapkan sehingga sebati dan rata. Biarkan selama semalaman.
  2. Bila ayam sudah sedia untuk dimasak, letakkan minyak pada kuali atau pemanggang, panggang ayam selama 5 minit pada setiap sisi. Gunakan penutup sewaktu ayam dipanggang.
  3. Setelah ayam siap dimasak, biarkan sejuk selama 10 minit dan potong. Ketepikannya.
  4. Masukkan timun, salad, tomato, lobak merah, bijian jagung yang dipanggang, kacang kuda dan badam panggang dalam mangkuk yang besar. Tambahkan kepingan ayam ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk.
  5. Sekarang sediakan kuah salad. Gabungkan bawang dan parsli yang telah dicincang bersama lada hitam, Yogurt NESTLÉ Greek Style, hirisan kulit limau, jus limau dan madu. Kacau hingga sebati.
  6. Tuangkan kuah atas salad dan hidangkan.

 

Info Nutrisi

Energy 325 Kalori

Protein 7g

Fat 5g

Carbs 63g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami