Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 15 minit

Bagus Diketahui

Elakkan pasta daripada melekat dengan merenjiskan sedikiti minyak zaitun, gaul dan hidangkan.

Bahan-Bahan

1 Cawan pasta spiral (ikut masa memasak pada pakej)
1 dada ayam, dihiris
1 Paket kecil daun roket
1 Paket tomato ceri
2 Ulas bawang putih
1 bawang kecil
1/2 lemon, diperah jusnya
2 Sudu besar minyak zaitun
   
Sapuan kering Cajun:  
2 Sudu kecil serbuk paprika
1 Sudu Kecil lada hitam
2 Sudu kecil oregano kering
2 Sudu kecil emping cili
1 Sudu kecil MAGGI® CukupRasa ™

Cara Memasak

  1. Ketepikan ½ sudu kecil sapuan kering. Campurkan selebihnya dengan bawang putih dan bawang dan perap hirisan ayam di dalamnya.
  2. Panggang selama kira-kira 8 minit.
  3. Sediakan sos salad, campurkan ½ sudu kecil sapuan kering dengan minyak zaitun dan jus lemon. Jika perlu, masukkan sedikit MAGGI® CukupRasa ™ untuk lebih rasa.
  4. Campurkan pasta, daun roket, tomato dan hirisan ayam dan tuangkan sos salad.
  5. Gaul dan hidangkan.

Info Nutrisi

Energy 278 kcal

Protein 13g

Fat 10g

Carbs 34g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami