Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 45 minit

Bagus Diketahui

Salmon merupakan sumber protein dan asid lemak omega-3 yang hebat.

Bahan-Bahan

2 sudu kecil minyak jagung
500 g filet salmon
2 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1 sudu kecil serbuk cili
1 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar air
100 g timun. dihiris
200 g salad
100 g tomato, dihiris
2 oren dikupas kuli dan dipotong berbaji
1 bawang merah, dihiris
   
Untuk Kuah:  
2 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar jus lemon
1 bawang merah, dicincang
1 ulas bawang putih, dicincang
1 cili padi, dicincang
  lebihan jus salmon panggang

Cara Memasak

  1. Mula-mula gabungkan Sos Tiram MAGGI®, serbuk cili, bawang putih dan air dalam mangkuk kecil. Kemudian, tuangkan ke atas filet salmon dan perapkan sehingga sebati dan rata. Biarkan selama semalaman.
  2. Bila salmon sudah diperap, letakkan minyak pada kuali atau pemanggang, panggang ikan selama 5 minit pada setiap sisi. Ketepikannya.
  3. Tapis lebihan jus daripada salmon yang dipanggang dan ketepikannya.
  4. Kemudian, gabungkan timun, salad, tomato, oren dan bawang dalam mangkuk. Biarkan sebentar.
  5. Sediakan kuah dalam mangkuk yang lain, campurkan minyak zaitun, jus lemon, bawang merah, bawang putih, cili padi dan jus lebihan salmon panggang untuk lebih rasa.
  6. Letakkan salmon di atas salad dan renjiskan kuah, hidangkan serta-merta.

Info Nutrisi

Energy 325 Kalori

Protein 7g

Fat 5g

Carbs 63g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami