Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 10 minit

Bahan-Bahan

2 sudu teh MAGGI® CukupRasa™
2 sudu besar minyak jagung
2 biji tomato
5 ulas cili merah
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 sudu teh gula
5 ulas cili padi
10 g belacan

 

Cara Memasak

  1. Di dalam kuali, tumiskan tomato, bawang putih, bawang merah, cili merah, cili padi, gula dan belacan sehingga naik bau dan letak di tepi.

  2. Ambil pengisar dan kisarkan semua bahan yang telah ditumis dan masukkan MAGGI® CukupRasa™

  3. Cedukkan daripada pengisar, masukkan ke dalam balang dan simpan di dalam peti ais.

  4. Setiap kali anda ingin menikmati nasi bersama ikan goreng atau apa saja hidangan, sambal belacan ini pasti akan menaikkan lagi selera anda!

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami