Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 30 minit

Bahan-Bahan

12 biji telur puyuh, direbus dan dibuang kulitnya
4 sudu besar serbuk cili
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 ulas bawang merah, ditumbuk
1 sudu besar minyak jagung
2 sudu teh belacan
2 sudu besar Nestlé Greek Yogurt Natural
2 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
2 sudu teh gula
120 ml air
20 g asam jawa diperah dengan 120ml air

Cara Memasak

  1. Mula-mula, tumiskan serbuk cili, bawang putih, bawang merah dan belacan ke dalam minyak panas. Kacau sehingga ia pecah minyak.

  2. Kemudian, masukkan Nestlé Greek Yogurt Natural, MAGGI® CukupRasa™, gula, air dan air perahan air asam jawa. Biarkan ia mendidih selama 2 minit dan perlahankan api. Biarkan ia masak selama 3 minit lagi untuk membangkitkan lagi rasanya.

  3. Masukkan pula telur puyuh rebus dan kacau selama 1 minit.

  4. Hidangkan sambal yang lazat ini panas-panas, pastinya memikat selera!

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami