Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 2 jam (+memerap)

Bahan-Bahan

500 g dada ayam dipotong dadu
2 sudu besar minyak
3 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1 sudu besar madu
1 sudu besar pes cili
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk kunyit
   
Bahan-bahan (dikisar bersama 50ml air):  
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai

Cara Memasak

  1. Letakkan ayam di dalam mangkuk. Masukkan Sos Tiram MAGGI®, madu, pes cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk kunyit.
  2. Kemudian, masukkan kesemua bahan kisar. Gaul sebati dan pastikan ayam disalut sempurna.
  3. Perap selama 3 jam atau semalaman.
  4. Rendam lidi di dalam air selama lebih kurang setengah jam sebelum mula memanggang.
  5. Cucuk ayam di atas lidi.
  6. Panaskan kuali atau gril pemanggang dan panggang ayam sehingga kedua belah bahagian keperangan dan masak sempurna, setiap bahagian lebih kurang 10 minit.
  7. Sajikan bersama kuah kacang atau Sos Cili MAGGI® dan rasakan kelazatannya yang luar biasa!

Info Nutrisi

Energy 149 Kalori

Protein 19g

Fat 6g

Carbs 5g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami