Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 6 pax   Cooking duration: 1 jam

Bagus Diketahui

Sengkuang adalah sumber serat yang dapat membantu sistem penghadaman dan membuat kita kekal kenyang lebih lama.

Bahan-Bahan

2 sudu besar minyak masak
100 g dada ayam dicincang (tanpa kulit)
3 ulas bawang putih, dipotong
3 ulas bawang merah, dimayang
50 g sotong kering yang dicincang, direndam selama 5 minit
400 g sengkuang, dipotong seperti batang mancis
1 biji (kecil) lobak merah, dipotong seperti batang mancis
3 – 4 helai
(anggaran 150 g)
kobis, dihiris
3 – 4 helai
(anggaran 150 g)
kobis, dihiris
5 cendawan kering Shiitake, direndam di dalam air panas untuk melembutkannya ,dipotong nipis
7 – 8 helai Daun salad,Serbuk lada sulah, secukup rasa
Untuk bahan perasa
(campur di dalam
mangkuk):
 
2 sudu besar Sos Tiram MAGGi®
100 ml air
1 sudu kecil
(atau secukup rasa)
kicap pekat
Untuk sajian: Sos Cili MAGGI® atau Sos Cili Thai MAGGI®

Cara Memasak

  1. Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan ayam cincang dan goreng selama 3 – 4 minit. Tambahkan sotong kering dan cendawan. Kacau kesemua bahan sehingga sebati selama 2 minit.
  3. Masukkan sayuran dan bahan perencah serta goreng selama 2 – 3 minit. Tutup kuali dan biar mereneh di atas api perlahan sehingga sayuran hampir lembut. Tambah air jika mahukan sos yang lebih.
  4. Akhir sekali, tambah lada sulah sebagai perisa tambahan jika perlu.
  5. Hidang bersama daun salad dan Sos Cili MAGGI® atau Sos Cili Thai MAGGI®.

Info Nutrisi

Energy 84 Kcal

Protein 7g

Fat 4g

Carbs 5g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami