Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 25 minit

Bagus Diketahui

Sotong adalah sumber zink yang baik, namun perlu dikawal pengambilannya kerana ia kaya dengan kolesterol.

Bahan-Bahan

2 sudu kecil minyak masak
300 g sotong, dibersihkan and dihiris
1 ulas bawang besar, dihiris
2 tangkai cili padi, dihiris
¼ sudu kecil kicap pekat
100 g lobak merah, dihiris
100 g kobis bunga, dipotong kecil
100 ml air
1 ½ sudu besar Sos TIRAM MAGGI®
2 biji tomato, dipotong bebaji

Cara Memasak

  1. Di dalam kuali, masukkan minyak masak dan tunggu ia panas.

  2. Bila minyak cukup panas, masukkan bawang besar dan cili padi dan kacau selama 1 minit.
  3. Kemudian, masukkan lobak merah, bunga kobis. Teruskan dengan mengacau selama 1 minit.
  4. Ambil sudu kecil untuk sukat ¼ kicap pekat, dan masukkan ke dalam kuali. Seterusnya, ambil sudu besar untuk sukat 1 ½ sudu besar SOS TIRAM MAGGI® dan masukkan ke dalam kuali. Kemudian, masukkan sotong. Kacau rata.
  5. Biarkan sotong dan sayur masak selama lebih kurang 3 minit.

  6. Kemudian, masukkan tomato dan kacau selama seminit.

  7. Hidangkan sajian kegemaran keluarga yang ringkas ini dengan nasi panas.

Info Nutrisi

Energy 86 Kcal

Protein 12g

Fat 2g

Carbs 4g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami