Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Number of pax: 4 pax   Cooking duration: 30 minit

Bagus Diketahui

Tang hoon diperbuat daripada kacang mung dan ia bertindak menyerap lebih banyak air atau sos berbanding nasi. Apabila dimasak sepenuhnya, tang hoon berubah menjadi lutsinar

Bahan-Bahan

2 inci halia, dihiris
2 ulas bawang merah, dihiris halus
2 sudu kecil minyak masak
1 liter air
2 kiub Stok Pati Ikan Bilis MAGGI®
12 ketul bebola ikan
50 g isi ketam
50 g tang hoon
2 biji telur, dipukul
  Untuk hiasan:
2 tangkai daun bawang, dipotong
3 sudu besar bawang goreng

Cara Memasak

  1. Mula-mula, panaskan minyak masak di dalam kuali. Setelah minyak panas, tumiskan halia dan bawang merah sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
  2. Kemudian, tuang air perlahan-lahan dan masukkan Kiub Pati Ikan Bilis MAGGI®. Biarkan ia mendidih.
  3. Apabila sup telah mendidih, masukkan isi ketam, bebola ikan dan reneh di atas api yang sederhana selama 3 – 5 minit sehingga isi ketam dan bebola ikan masak sepenuhnya.
  4. Kemudian, masukkan tang hoon dan reneh selama 1 -2 minit sehingga masak.
  5. Selepas itu, tuang telur yang telah dipukul perlahan-lahan. Kacau dengan sudip dalam pusingan berpusar. Padamkan api apabila telur telah masak.
  6. Sendukkan tang hoon dan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk.
  7. Hias dengan daun bawang yang dipotong dan bawang goreng sebelum dihidang.

Petua Cef: Anda boleh menggunakan isi ketam beku yang boleh didapati daripada pasaraya atau rebus ketam segar dan keluarkan isinya serta gunakan air rebusan sebagai pati untuk sup.

Info Nutrisi

Energy 121 Kcal

Protein 6g

Fat 5g

Carbs 13g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami