Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 25 minutes

Bagus Diketahui

Kepada yang gemarkan sup tomyam lebih pekat, tambahkan sedikit santan atau susu rendah lemak ke dalam kuah tomyam.

Bahan-Bahan

1 liter air
2 kiub KUIB TOM YAM MAGGI
150 g udang, dibersihkan
200 g sotong, dibersihkan and dihiris
3 keping daun limau purut
1 batang serai
5 biji cili padi, ditumbuk
1 biji bawang merah, dipotong bebaji
50 g batang sadri, di hiris
50 g lobak merah, dihiris
100 g kobis bunga, di potong kecil
2 biji tomato, dipotong bebaji

Cara Memasak

  1. Sediakan periuk, kemudian masukkan 1 liter air bersama KIUB TOM YAM MAGGI®, udang, sotong, daun limau purut dan juga serai.

  2. Biarkan ia mendidih selama 10 minit.
  3. Kemudian perlahankan api, masukkan bersama cili padi, bawang merah, batang saderi, lobak merah dan kobis bunga.
  4. Akhir sekali masukkan tomato kerana ia mudah masak.

  5. Reneh selama 10 minit dan hidangkan sementara ia masih panas!

  6. Terbaik hidangkan bersama nasi panas.

Info Nutrisi

Energy 66 Kcal

Protein 7g

Fat 2g

Carbs 5g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami