Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 20 minit

Bagus Diketahui

Gunakan minyak yang sedikit ketika memasak. Pilihlah cara masakan seperti mengukus, merebus atau merenih.

Bahan-Bahan

1 kotak tauhu putih lembut
2 ulas bawang putih, dihiris
2 bawang merah, dihiris
1 sudu besar minyak masak
50 g ayam, dibuang kulit dan lemak, dicincang
2 keping cendawan Shiitake kering, direndam dan dipotong dadu
¼ lobak merah, dipotong dadu
Untuk bahan perasa 
(campurkan di dalam mangkuk):
 
2 sudu besar MAGGI® Oyster Sauce
1 sudu besar air
Untuk hiasan:  
2 sudu besar daun bawang, dihiris
2 sudu besar bawang merah, dihiris

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali atau periuk, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan dan beraroma.

  2. Kemudian, masukkan ayam cincang, cendawan Shiitake dan lobak merah. Kacau-goreng selama 3-5 minit sehingga hampir masak.
  3. Masukkan pula bahan perasa dan goreng selama satu minit lagi. Tutup api dan ketepikannya.
  4. Keluarkan tauhu daripada pek, masukkannya dalam pinggan yang dalam dan kalis haba.
  5. Cedok ayam dan sayur tadi, dan letakkan di atas tauhu, kukus pada suhu tinggi sehingga 10 minit.

  6. Bila siap, keluarkan daripada pengukus dan taburkan daun bawang dan bawang goreng.

  7. Nikmatinya bersama nasi dan hidangkan panas-panas.

Info Nutrisi

Energy 110 Kcal

Protein 8g

Fat 6g

Carbs 6g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami