Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
 

Bahan-Bahan

800g akar teratai, dipotong ketebalan 1/2 cm
   
Untuk sediakan sumbat:  
400g dada ayam
350g pes ikan
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
1 sudu kecil minyak bijan
8 sudu besar minyak untuk goreng
Untuk sedia bahagian atas:  
2 ulas bawang putih, dicincang
100g biji teratai dibersihkan
80g kacang ginko dikopek
15g kacang pis (snow peas), dibuang tangkai
1 batang lobak merah, dihiris
2 sudu besar goji beri
8 tangkai cendawan shiitake kering atau segar, dikerat 4
1 kiub Stok Kiub Ayam MAGGI® atau 2 sudu kecil Stok Ayam Homemade MAGGI®
1 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
300 ml air
2 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 4 sudu besar air sebagai pemekat
2 sudu besar minyak

Cara Memasak

  1. Potong kecil kaki ayam dan gaulkan dengan pes ikan, kemudian taburkan MAGGI® CukupRasa™ . Sumbat ayam di antara 2 kepingan akar teratai.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api sederhana, balik kan sehingga kuning keemasan kedua-dua belahnya. Angkat dan susun di atas pinggan.
  3. Untuk bahagian atas, panaskan minyak masukkan sos tiram dan biar merenih seketika.
  4. Kemudian, masukkan sayur selebihnya bersama goji beri. Goreng seminit lagi.
  5. Akhirnya, masukkan air dan masukkan kiub atau stok ayam. Biarkan ia mendidih dan tambahkan campuran tepung jagung supaya ia memekat seperti sos.
  6. Tuangkan sayuran serta sos ke atas akar teratai sumbat. Nikmatinya panas-panas!

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami