Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 45 minit

Bagus Diketahui

Tukarkan mayonis dengan yogurt jika anda gemarkan hidangan rendah kalori dan lemak tanpa mengubah kelazatannya.

Bahan-Bahan

250 g dada ayam, tanpa kulit
250 g peha ayam, tanpa kulit
   
Untuk dikisar kasar:  
3 cili merah
3 cili padi
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
2 sudu besar jus limau
2 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
1 sudu besar madu
50 ml air
135 g NESTLÉ Greek Style Yogurt
1 sudu besar adas segar, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
200 g Timun Jepun, diparut
6 keping Kulit tortila gandum penuh
100 g salad, dihiris
2 tomato, dihiris

 

 

 

 

Cara Memasak

  1. Kisarkan cili, cili padi, bawang putih, halia, serai, jus limau, MAGGI® CukupRasa™ dan madu. Masukkan air dan kisar kasar.
  2. Tuangkan perapan ke atas ayam, gaulkan hingga sebati. Tutup dan perapkan dalam peti sejuk semalaman.
  3. Setelah ayam diperap, panaskan kuali atau pemanggang. Masakkan ayam selama 5 minit pada setiap sisi. Tutup ketika memanggang.
  4. Dalam mangkuk yang kecil, masukkan yogurt NESTLÉ Greek Style, adas segar, bawang putih dicincang dan timun Jepun. Letakkan di tepi.
  5. Letakkan kulit tortila di atas pinggan dan sapukan bancuhan yogurt tadi. Letakkan salad, tomato dan ayam panggang. Gulungkan tortila perlahan-lahan.

Info Nutrisi

Energy 325 Kalori

Protein 7g

Fat 5g

Carbs 63g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami