Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
  Cooking duration: 45 minit

Bahan-Bahan

A:  
3 sudu besar minyak jagung
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
¼ cawan cili kering
350 g ayam
2 sudu besar Stok Ayam MAGGI® Homemade
6 tangkai cendawan shiitake kering, direndam dan dihiris
B:  
1.5 liter air
5 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan
¼ cawan tepung jagung
¼ cawan air
Bahan-bahan lain:  
4 keping yee mee
4 biji telur
600 g sayur sawi

Cara Memasak

1. Dalam periuk, masukkan bahan A dan tumis hingga wangi.

 

 

2. Tuang bahan B dan biar mendidih. Renihkan 10-20 minit lagi.

 

 

3. Tuang air tepung jadung untuk pekatkan kuah.

 

 

4. Panaskan kuali atau kuali sizzling. Masukkan mi dan daun sawi, tuang kuah pekat.

 

 

5. Biarkan dia menggelegak, masukkan telur dan biar 2-3 minit sebelum angkat. Hidang panas-panas.

 

 

TIPS: Nak lagi enak, perap awal ayam dan cendawan shiitake.

 

 

CARA PINTAR: Ambil sedikit air rendaman cendawan shiitake dan masuk dalam kuah agar lebih lazat.

Info Nutrisi

Energy 491 Kcal

Protein 27g

Fat 15g

Carbs 56g

Jom Beli MAGGI®

Hubungi
kami