Connect
with us



8 pax   45 minit

Bahan-Bahan

A:
1 sudu kecil Minyak masak untuk menggoreng
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
100 g Tepung jagung
1 sudu kecil Jus limau nipis
500 g Ikan Siakap yang telah dibersihkan
B:
2 sudu besar Minyak
3 ulas Bawang putih, dicincang
50 g Bawang besar, dipotong dadu
2 sudu kecil Cili padi, dihiris
50 g Epal hijau, dipotong dadu
50 g Mangga hijau (mentah), dipotong dadu
50 g Nenas, dipotong dadu
50 g Timun, dipotong dadu
50 g Tomato, dipotong dadu
2 inci Halia, dihiris
2 sudu besar Sos Cili MAGGI®
3 sudu besar Sos Tomato MAGGI®
½ sudu kecil Kicap pekat
50 ml Air
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
1 sudu kecil Gula
20 g Daun ketumbar, dihiris
½ cawan Jus limau nipis

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dalam kuali. Lumurkan tepung jagung, MAGGI® CukupRasa™ dan jus limau pada ikan siakap dan goreng sehingga menjadi warna keemasan.

2. Dalam kuali yang lain, masukkan minyak, bawang putih, bawang besar, dan cili padi. Tumis sehingga wangi.

3. Masukkan epal hijau, mangga hijau, nenas, timun, tomato, halia, Sos Cili MAGGI®, Sos Tomato MAGGI®, kicap pekat, air, MAGGI® CukupRasa™ , gula dan daun ketumbar. Gaulkan semua bahan hingga sebati menjadi sos.

4. Padamkan api dan tuangkan jus limau nipis. Gaul.

5. Kemudian, tuangkan sos tersebut ke atas ikan yang telah digoreng panas.

6. Nikmati kelazatan ikan yang garing ini dengan nasi kukus!

Tips di Dapur : Bahan B boleh juga dicampurkan sekali tanpa masak untk membuat sos salsa lebihkan limau nipis dan sos.

Tips Nutrisi : Makan ikan lebih kerap jika boleh satu hidangan setiap hari.

Info Nutrisi

Energy 153 Kcal

Protein 17g

Fat 5g

Carbs 10g

Shop Maggi® now